LATEST DA'BOMB!!

Showing posts with label hot. Show all posts
Showing posts with label hot. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

AZWAN ALI KEMBALI MENGAMUK DI TWITTER!!


Pengacara tempatan terkenal, Azwan Ali sekali lagi telah mencetuskan kontroversi apabila menggunakan akaun Twitter miliknya untuk meluahkan rasa marah terhadap ibunya sendiri dengan menggunakan kata-kata kurang elok.

Perkara tersebut berlaku selepas sebuah portal menyiarkan luahan kekecewaan ibunya, Che Tom Yahaya, 78, terhadap sikap abangnya yang juga seorang ahli politik, Azmin Ali yang dikatakan telah mengabaikannya dan sudah berubah sikap.

Kemarahannya itu turut ditujukan kepada pengguna Twitter lain dengan melabelkan mereka sebagai 'bangkai'.

Walaupun ada pihak yang kurang senang dengan tindakannya, pengacara terkenal ini kelihatan tidak mengalah dan menjawab setiap komen yang tidak bersetuju dengan sikapnya itu.

Sebelum ini pengacara televisyen berusia 46 tahun pernah mengancam untuk membunuh adiknya, Ummi Hafilda melalui Twitter.

Namun pada 18 Januari lalu, dia telah tampil membuat permohonan maaf selepas Ummi membuat laporan polis terhadapnya.


Tuesday, April 10, 2012

MAKHLUK BERTENGGEK ATAS BAHU... FIZZ FAIRUZ MENGIDAP PENYAKIT MISTERI??


Pelakon popular, Fizz Fairuz mengakui dirinya telah mendapatkan rawatan tradisional baru-baru ini bagi menyembuhkan sakit misteri yang dihidapinya hampir dua minggu.

Fizz memberitahu, dia mulai mengalami gangguan kesihatan sebaik selesai penggambaran babak terakhir drama "Waris" di Ulu Langat pada 20 Mac lalu.

"Saya menyangkakan ianya hanyalah demam biasa, jadi saya bertemu doktor untuk mendapatkan suntikan. Walaubagaimanapun, selepas dua minggu keadaan kesihatan saya masih tidak menentu dan saya akhirnya pergi mendapatkan rawatan alternatif, berubat secara tradisional.

"Alhamdulillah, keadaan saya sekarang ini sudah boleh dikatakan seratu peratus pulih. Tapi buat masa ini saya masih lagi mengamalkan petua perubatan yang diberikan oleh pakcik yang merawat saya agar ianya tidak berulang lagi, " tambah Fizz yang dipetik dari laman Murai.

Bercerita lagi mengenai penyakit misteri yang dihidapinya itu, Fizz memberitahu berlaku beberapa perkara pelik sepanjang tempoh dia menghidapi gangguan kesihatan tersebut. Gangguan tersebut bukan sahaja membuatkan staminanya terganggu, bahkan turut menjejaskan imejnya yang sebelum ini dikenali sebagai seorang aktor yang mudah mesra.

"Bayangkan ketika menghadiri road tour ABPBH di Johor Bahru baru-baru ini, ramai yang cakap saya sombong, muka bengis, tak mahu senyum dan sebagainya walhal, saya telah berhabis senyum dan ramah dengan semua orang yang ada di situ."

"Selain itu juga, saya mudah merasa mengantuk, badan terasa berat untuk bergerak dan tekak saya terasa seperti disekat. Tapi selepas berubat secara tradisional, saya diberitahu bahawa ada makhluk sebesar beruang sedang bertenggek di atas bahu saya," jelas pelakon 'Nur Kasih The Movie' ini.

Fizz turut mengakui, dia sebolehnya tidak mahu percaya dengan perkara-perkara aneh sebegitu, walaubagaimanapun selepas insiden yang menimpanya ini, barulah dia percaya bahawa wujud perkara ganjil dalam kehidupan seharian.

"Nasihat saya, jika kita masuk ke kawasan asing, hutan misalnya, kenalah jaga pertuturan dan kelakuan. Jangan cakap besar. Sebagai umat Islam sebaik-baiknya bacalah selawat sebelum memasuki tempat yang cukup asing kepada kita." ujar Fizz mengakhiri perbualan. -YE

.