LATEST DA'BOMB!!
Showing posts with label bintang. Show all posts
Showing posts with label bintang. Show all posts
Thursday, May 10, 2012
JEJAKA PERANCIS PILIHAN NURUL TAMATKAN ZAMAN JANDA 5 TAHUN!
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu "Keliru", Nurul Huda Abdul Wahab akhirnya akan menamatkan zaman ibu tunggal selepas lima tahun hidup menjanda. Jejaka yang menjadi pilihan hati Nurul adalah lelaki yang berasal dari Perancis, Eric Daniel Depp yang berusia 47 tahun.
Dipetik daripada akhbar HarianMetro, Nurul memberitahu bahawa dia akan melangsungkan perkahwinannya pada bulan depan iaitu pada 6 Jun ini, namun enggan memberitahu lokasi sebenar majlis akan berlangsung.
Nurul memberitahu dia dan bakal suami, Eric sudah berkenalan sejak dua tahun lalu dan sepanjang tempoh perkenalan itu, mereka saling memahami.
"Apabila kita sudah berjumpa orang yang sesuai di hati, secara tidak langsung tidak ada lagi halangan untuk saya mendirikan rumah tangga buat kali yang kedua."
"Kami menerima diri masing-masing seadanya. Keluarga Eric juga dapat menerima saya dengan baik," kata Nurul.
Sebelum ini, Nurul pernah berkahwin dengan komposer terkenal tanah air, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas pada tahun 1996, dan bercerai pada tahun 2007.
Tuesday, May 8, 2012
AZWAN ALI KEMBALI MENGAMUK DI TWITTER!!
Pengacara tempatan terkenal, Azwan Ali sekali lagi telah mencetuskan kontroversi apabila menggunakan akaun Twitter miliknya untuk meluahkan rasa marah terhadap ibunya sendiri dengan menggunakan kata-kata kurang elok.
Perkara tersebut berlaku selepas sebuah portal menyiarkan luahan kekecewaan ibunya, Che Tom Yahaya, 78, terhadap sikap abangnya yang juga seorang ahli politik, Azmin Ali yang dikatakan telah mengabaikannya dan sudah berubah sikap.
Kemarahannya itu turut ditujukan kepada pengguna Twitter lain dengan melabelkan mereka sebagai 'bangkai'.
Walaupun ada pihak yang kurang senang dengan tindakannya, pengacara terkenal ini kelihatan tidak mengalah dan menjawab setiap komen yang tidak bersetuju dengan sikapnya itu.
Sebelum ini pengacara televisyen berusia 46 tahun pernah mengancam untuk membunuh adiknya, Ummi Hafilda melalui Twitter.
Namun pada 18 Januari lalu, dia telah tampil membuat permohonan maaf selepas Ummi membuat laporan polis terhadapnya.
Monday, April 30, 2012
CLEO... PENGUKUH CINTA LINDA & QUE HAIDAR!!
Pelakon Que Haidar dan isterinya Linda Jasmine menyambut kedatangan bayi perempuan mereka pada 1.30 petang Khamis lalu.
Dipetik dari laporan mStar, bayi yang diberi nama Tengku Cleopatra Haidar, sempena nama ratu Mesir zaman dahulu, telah selamat dilahirkan melalui pembedahan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.
"Alhamdulillah semuanya telah selamat dan paling penting Cleo (panggilan manja untuk Cleopatra) dalam keadaan sihat dan sempurna."
"Keadaan saya bertambah baik namun masih mengalami kesakitan kerana tidak boleh mengambil pil tahan sakit disebabkan alergi," ujarnya Linda.
Walaubagaimanapun, Cleo yang sepatutnya dijangka lahir pada awal bulan Mei, telah dilahirkan pada 26 April lalu melalui kaedah perubatan mempercepatkan kelahiran, supaya tarikhnya sama dengan 2 anak mereka yang lain.
Anak pertama Linda bersama suami terdahulu iaitu Qalif Khan yang kini berusia 12 tahun lahir pada 26 Januari 2000, sementara Tengku Ratu Haidar, 2, yang lahir atas perkongsian hidupnya dengan Que Haidar pula lahir pada 26 Oktober 2009.
Linda memberitahu, walaupun ada beberapa pilihan nama lain, tetapi dia dan suaminya sepakat memilih nama tersebut.
"Nama ratu cukup kuat menggambarkan dirinya dan sebab itu kami memilih Cleopatra yang juga nama seorang ratu di Mesir cukup terkenal dengan kisahnya sebagai seorang pemimpin wanita," katanya.
Berbeza dengan anak-anaknya yang lain, Linda menyatakan bahawa Cleopatra mempunyai mata yang jernih dan kulit yang lebih cerah, seperti dirinya.
"Sukar saya gambarkan kegembiraan dengan kelahiran Cleo kerana setiap kali jururawat membawanya masuk perasaan sayu dan gembira bercampur baur. Dia bakal memeriahkan keluarga kami selepas ini," katanya.
Tuesday, April 10, 2012
MAKHLUK BERTENGGEK ATAS BAHU... FIZZ FAIRUZ MENGIDAP PENYAKIT MISTERI??
Pelakon popular, Fizz Fairuz mengakui dirinya telah mendapatkan rawatan tradisional baru-baru ini bagi menyembuhkan sakit misteri yang dihidapinya hampir dua minggu.
Fizz memberitahu, dia mulai mengalami gangguan kesihatan sebaik selesai penggambaran babak terakhir drama "Waris" di Ulu Langat pada 20 Mac lalu.
"Saya menyangkakan ianya hanyalah demam biasa, jadi saya bertemu doktor untuk mendapatkan suntikan. Walaubagaimanapun, selepas dua minggu keadaan kesihatan saya masih tidak menentu dan saya akhirnya pergi mendapatkan rawatan alternatif, berubat secara tradisional.
"Alhamdulillah, keadaan saya sekarang ini sudah boleh dikatakan seratu peratus pulih. Tapi buat masa ini saya masih lagi mengamalkan petua perubatan yang diberikan oleh pakcik yang merawat saya agar ianya tidak berulang lagi, " tambah Fizz yang dipetik dari laman Murai.
Bercerita lagi mengenai penyakit misteri yang dihidapinya itu, Fizz memberitahu berlaku beberapa perkara pelik sepanjang tempoh dia menghidapi gangguan kesihatan tersebut. Gangguan tersebut bukan sahaja membuatkan staminanya terganggu, bahkan turut menjejaskan imejnya yang sebelum ini dikenali sebagai seorang aktor yang mudah mesra.
"Bayangkan ketika menghadiri road tour ABPBH di Johor Bahru baru-baru ini, ramai yang cakap saya sombong, muka bengis, tak mahu senyum dan sebagainya walhal, saya telah berhabis senyum dan ramah dengan semua orang yang ada di situ."
"Selain itu juga, saya mudah merasa mengantuk, badan terasa berat untuk bergerak dan tekak saya terasa seperti disekat. Tapi selepas berubat secara tradisional, saya diberitahu bahawa ada makhluk sebesar beruang sedang bertenggek di atas bahu saya," jelas pelakon 'Nur Kasih The Movie' ini.
Fizz turut mengakui, dia sebolehnya tidak mahu percaya dengan perkara-perkara aneh sebegitu, walaubagaimanapun selepas insiden yang menimpanya ini, barulah dia percaya bahawa wujud perkara ganjil dalam kehidupan seharian.
"Nasihat saya, jika kita masuk ke kawasan asing, hutan misalnya, kenalah jaga pertuturan dan kelakuan. Jangan cakap besar. Sebagai umat Islam sebaik-baiknya bacalah selawat sebelum memasuki tempat yang cukup asing kepada kita." ujar Fizz mengakhiri perbualan. -YE
Subscribe to:
Posts (Atom)
.
-
PETALING JAYA: Taktik licik sindiket pelacuran yang bersembunyi di sebalik papan tanda premis kedai menjual makanan kucing di Kota Damansara...
-
Sepasukan polis terpaksa melakukan operasi mencari dan menyelamat lewat malam kelmarin, apabila secara tiba-tiba sebahagian lebuh raya di...
-
Sekitar minggu lepas, didapati Gambit Saifullah telah terbang ke Sydney, Australia untuk bermain permainan poker di sana. Tujuan asalnye ...
-
Lagi penyebaran gambar yang mengaibkan pelakon comel Nora Danish. Gosip mengatakan gambar di atas ini merupakan Nora Danish bersama rakan...
-
Vokalis Noah (dulu Peterpan), Ariel yang bebas Julai lalu selepas hukuman penjara tiga setengah tahun kerana kesalahan mengedar video por...
-
PEKERJA SEKS mendakwa mereka diusir dari jalanan di sekitar Stadium Olimpik di sini dalam operasi pembersihan pelacur sempena temasya suk...
-
Terkejut apabila melihat gambar seksi aktres popular Nora Danish dalam ruangan majalah GLAM edisi Mei 2012, kerana baru-baru ini kita bar...
-
apa yang menarik tentang EURO 2012 yup!! selain jaringan2 gol yang bertaraf dunia, sudah tentu awek-aweksnya... cuba pilih c...
-
suka makan aiskrim?? mungkin 8 perisa baru di bawah patut anda cuba sebagai pelengkap kepada minat anda terhadap aiskrim... F...
-
SEMPENA penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia 2012 oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), baru-baru ini, penganjur ...




