LATEST DA'BOMB!!
Wednesday, April 4, 2012
IFA RADZIAH PENGKHIANAT NEGARA???
Pengkhianat negara - Itu tohmahan yang dilemparkan kepada pelakon dan penyanyi Ifa Raziah oleh sesetengah pihak apabila dia menyertai kumpulan pelawak dari Singapura untuk bertanding dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) baru-baru ini.
Akibat daripada tohmahan itu, mungkin ramai yang tidak tahu Ifa sebenarnya terkilan dan tertekan dengan perkara itu. Jelas Ifa, tuduhan itu terlalu berat kerana dia sama sekali tidak pernah terfikir untuk mengkhianati negara.
“Saya rasa tidak salah berkolaborasi dengan kumpulan dari Singapura. Bukan niat untuk mengkhianati negara. Tuduhan itu terlalu berat. Mungkin ada peminat yang tidak boleh terima saya sebagai pelawak.
"Saya rasa tertekan dengan tohmahan itu sehingga saya jatuh sakit. Saya terpaksa tolak banyak undangan menyanyi kerana kesihatan tidak mengizinkan. Buat apa saya terima kalau suara saya tidak keluar,” ujar Ifa ketika ditemubual oleh Melodi.
Dalam masa yang sama, penyanyi ini juga menjawab desas-desus yang mengatakan dia terkena ‘buatan orang’.
“Saya pun tidak pasti sama ada betul atau tidak. Saya memang sakit dalam tempoh yang agak lama. Tapi bermula bulan tiga lalu saya sudah semakin pulih. Saya sudah mula bekerja semula dan rasa makin sihat,” ujar Ifa.
Dalam perkembangan lain, Ifa juga sempat mengulas tentang dakwaan yang mengatakan dia suka ‘mencaras’ atau mengambil peluang orang lain dalam industri hiburan ini.
“Sebenarnya caras-mencaras ini adalah perkara biasa dalam industri. Tapi saya memang tidak pernah mencaras sesiapa,” ujar Ifa. -gua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
-
Sepasukan polis terpaksa melakukan operasi mencari dan menyelamat lewat malam kelmarin, apabila secara tiba-tiba sebahagian lebuh raya di...
-
Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Anang Hermansyah dan isteri yang juga merupakan penyanyi, Ashanty telah merancang untuk berbula...
-
PEKERJA SEKS mendakwa mereka diusir dari jalanan di sekitar Stadium Olimpik di sini dalam operasi pembersihan pelacur sempena temasya suk...
-
apa yang menarik tentang EURO 2012 yup!! selain jaringan2 gol yang bertaraf dunia, sudah tentu awek-aweksnya... cuba pilih c...
-
Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai pelajar...
-
PETALING JAYA: Taktik licik sindiket pelacuran yang bersembunyi di sebalik papan tanda premis kedai menjual makanan kucing di Kota Damansara...
-
KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja pelantar minyak dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas men...
-
Vokalis Noah (dulu Peterpan), Ariel yang bebas Julai lalu selepas hukuman penjara tiga setengah tahun kerana kesalahan mengedar video por...
-
Pelakon Aaron Aziz sedang membuat persiapan untuk menunaikan rukun Islam kelima iaitu mengerjakan ibadah Haji pada bila-bila masa saha...
-
SEMPENA penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia 2012 oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), baru-baru ini, penganjur ...

hot sokmo
ReplyDelete