LATEST DA'BOMB!!

Sunday, May 27, 2012

ANANG & ASHANTY BERBULAN MADU DI MEKAH!!


Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Anang Hermansyah dan isteri yang juga merupakan penyanyi, Ashanty telah merancang untuk berbulan madu di Mekah sekaligus dapat menunaikan ibadah Umrah di sana.

"Anang memang mahu perkahwinan kali keduanya ini diberkati. Kerana dia bukan sahaja berkahwin dengan Ashanty tetapi juga mengikat silaturahim antara dua keluarga besar. Berbulan madu sekali dengan menunaikan Umrah sememangnya menjadi keinginan Anang sebelum akad nikah lagi,"ujar pengurus Anang, Yuni.


Mengikut perancangan, pasangan pengantin baru Anang dan Ashanty akan berangkat ke Tanah Suci pada 26 Mei dan akan kembali pada 1 Jun, dan selepas itu Anang mahu memberi tumpuan pada kerjanya sebagai juri 'Indonesia Idol'.

Anang dan Ashanty sah bergelar suami isteri pada 12 Mei lalu dan telah membuat majlis resepsi mereka di Hotel Shangri-La, Jakarta 20 Mei lalu. Ketika majlis resepsi tersebut, Ashanty menangis ketika Aurel Hermansyah membacakan puisi ciptaanya sendiri. -YE

No comments:

Post a Comment

.