LATEST DA'BOMB!!
Friday, April 13, 2012
AIDIL CERAIKAN RITA RUDIANI MELALUI SMS!
Rita Rudaini memberitahu bahawa dia tidak terkejut dengan berita yang diterima dari suami yang juga merupakan pemain bola sepak kebangsaan negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak memaklumkan mahu bercerai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar.
Dia turut memberitahu akan memastikan hak penjagaan anak-anak akan berpihak kepadanya jika apa yang dijangka benar-benar menjadi kenyataan.
"Susah senang saya anak-anak adalah penguatnya. Tanpa mereka saya rasa tidak mampu untuk lalui dugaan yang melanda ini. Saya akan pastikan hak penjagaan anak-anak berpihak kepada saya jikalau belah mertua ataupun Aidil sendiri mahukan hak penjagaan."
Akhbar Utusan Malaysia melaporkan Aidil, berusia 25 tahun, telah memaklumkan untuk bercerai dengan Rita melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Dalam SMS yang diterima, Aidil telah memberitahu bahawa dia telah menfailkan perceraian melalui peguamnya.
Ditanya mengenai perceraian tersebut, Rita hanya menyerahkan segala urusan kepada peguamnya untuk melakukan tindakan lanjut dan dia redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan.
"Perkahwinan yang dibina hampir empat tahun ini saya lebih merasa susah dan derita dari bahagia. Ini disebabkan banyak sangat campur tangan dari pihak luar. Aidil juga seperti tidak tahu akan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa kepada 2 orang anak kami. Saya sudah lama bertahan dengannya, dan apabila mendapat tahu dia akan menceraikan saya ini sedikit pun tidak mengejutkan kerana dia sendiri sudah empat bulan tak balik ke rumah."
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi berkongsi hidup selama ini dengan saya hingga mendapat 2 orang anak," ujar Rita kepada mStar Online.
Rita turut memberitahu bahawa dia tidak akan menghalang Aidil untuk berjumpa dengan 2 orang anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna kerana tidak mahu memisahkan hubungan di antara ayah dan anak .
Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008. Perkahwinan itu pada mulanya mendapat tentangan daripada keluarga pihak lelaki, namun keadaan semakin reda apabila Rita melahirkan cahaya mata pertama. -mStar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
-
KUALA LUMPUR – Keterangan seorang wanita Vietnam mengatakan dia terpegang satu objek keras pada kemaluan lelaki yang merogolnya ketika se...
-
Tempat letak pen atau pen holder yang dinamakan Lusty Linda ini merupakan satu inovasi yang agak melampau. Alat ini akan mengeluarka...
-
PETALING JAYA: Taktik licik sindiket pelacuran yang bersembunyi di sebalik papan tanda premis kedai menjual makanan kucing di Kota Damansara...
-
Penyanyi, Siti Nursaida Tarudin, atau Saida akui kuat dan tenang selepas disahkan bercerai dengan bekas suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikr...
-
Pengkhianat negara - Itu tohmahan yang dilemparkan kepada pelakon dan penyanyi Ifa Raziah oleh sesetengah pihak apabila dia menyertai kumpu...
-
apa yang menarik tentang EURO 2012 yup!! selain jaringan2 gol yang bertaraf dunia, sudah tentu awek-aweksnya... cuba pilih c...
-
Penyanyi, Winnie Kok atau nama komersialnya Winnie K memberitahu bahawa dia mengalami kecederaan di hidung akibat daripada membuat persem...
-
Sebuah sekolah swasta di Indonesia bertindak kejam membuang seorang pelajarnya yang berumur 14 tahun selepas mendakwa remaja itu mencemar...
-
Pengacara tempatan terkenal, Azwan Ali sekali lagi telah mencetuskan kontroversi apabila menggunakan akaun Twitter miliknya untuk meluahk...
-
kata orang doa arang yang teraniaya akan dimakbulkan... selepas penat melayan kontroversi nama sebenarnya yang menjadi bahan lawak ...

No comments:
Post a Comment