LATEST DA'BOMB!!

Thursday, June 7, 2012

AARON AZIZ SIAP SEDIA UNTUK TUNAIKAN HAJI



Pelakon Aaron Aziz sedang membuat persiapan untuk menunaikan rukun Islam kelima iaitu mengerjakan ibadah Haji pada bila-bila masa sahaja selepas melalui pengalaman mengerjakan Umrah.
Aaron berkata, dia sudah bersedia untuk menunaikan tanggungjawabnya itu sebagai seorang Islam namun kekangan waktu kerana jadual kerja yang padat membuatkan dia terpaksa menangguhkan perancangan itu.
"Alhamdulillah saya sudah bersedia untuk melaksanakan ibadah Haji, cuma kalau boleh sebelum pergi, biarlah saya bercuti daripada kerja-kerja lakonan selama sebulan sebagai persiapan diri.
"Bagaimanapun perancangan itu tidak dibuat dalam tahun ini," katanya yang dihubungimStar Online di sini Rabu.
Tambah Aaron, dia merancang untuk membawa kesemua anaknya iaitu Danish Anaqi, 8, Dwi Arinna, 6, dan Dahlia Arissa, 2, serta isteri, Diyana Halik menunaikan Umrah pada awal tahun depan.
"Saya baru sahaja pulang daripada menunaikan Umrah di Mekah pada 30 Mei lalu bersama isteri selama dua minggu.
Aaron bersama isteri ketika mengerjakan umrah Mei lalu.
"Apabila pulang ke tanah air saya memeluk ketiga-tiga anak dengan erat melepaskan rindu, begitu juga dengan mereka.
"Malah saya berjanji kepada anak-anak akan membawa bersama-sama menunaikan Umrah pada tahun depan, dan tak sangka mereka sangat teruja," ujarnya.
Bercerita tentang pengalaman Aaron sepanjang pemergiannya menunaikan Umrah buat kali kedua, katanya dia begitu tenang dan langsung tidak memikirkan apa-apa termasuklah hal-hal kerja.
"Sepanjang berada di Mekah, fikiran saya sangat tenang dan tak fikirkan apa-apa pun termasuklah anak-anak. Biasanya kalau bekerja di luar Kuala Lumpur lebih daripada seminggu sahaja, rasa rindu terhadap mereka membuak-buak.
"Dalam pada itu, pengalaman yang dilaluinya juga begitu berbeza berbanding kali pertama saya tunaikan Umrah pada Julai tahun lalu.
"Antaranya ialah cuacanya lebih panas berbanding tahun lepas iaitu di antara 40 hingga 50 darjah Celsius, dan Alhamdulillah ia tidak menyukarkan saya dan isteri melakukan ibadah.
“Paling bermakna lagi, saya dapat mencium Hajar Aswad walaupun beribu-ribu orang berebut untuk melakukannya," tutur Aaron.
Mengenai perkembangan terbaru, anak kelahiran Singapura ini masih lagi sibuk dengan penggambaran drama “Adam dan Hawa” (siaran Astro) dan kemudian, persediaan untuk filem aksi “Dampak” yang bakal memulakan penggambaran pertengahan Jun ini. -mstar

No comments:

Post a Comment

.