LATEST DA'BOMB!!

Monday, January 21, 2013

WOW!!! Ini Rupanya 'Makanan Kucing' Di Kota Damansara...!!

PETALING JAYA: Taktik licik sindiket pelacuran yang bersembunyi di sebalik papan tanda premis kedai menjual makanan kucing di Kota Damansara tidak bertahan lama apabila ia diserbu polis malam kelmarin.

wanita warga Vietnam yang ditahan
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, premis yang beroperasi sejak dua bulan yang lalu disyaki menjalankan kegiatan pelacuran berikutan penemuan kondom yang disembunyikan dalam peti sejuk dan bawah tilam.

Menurutnya operasi oleh Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya turut menahan dua penjaga premis itu dan empat wanita Vietnam berusia awal 20an.

“Dua daripada wanita berkenaan yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah turut ditahan.

“Siasatan awal mendapati premis tidak berlesen ini kononnya menawarkan khidmat urutan refleksologi namun hasil risikan mereka menawarkan khidmat seks sekitar RM130 ke RM180 kepada pelanggan tetapnya,” katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes setakat ini disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 iaitu kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial dan Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1963 iaitu kesalahan mengambil atau menggaji warga asing tidak memiliki pas yang sah. SH

Wednesday, January 9, 2013

RM40,000 Atau Siarkan Video Bogel?? Guru Diugut Rakan FB!

MELAKA: Seorang guru pusat bimbingan kanak-kanak berusia 48 tahun kini berdepan ugutan selepas memberikan aksi bogelnya kepada seorang rakan Facebook yang baru dikenalinya selama sebulan.

Lelaki berkenaan yang dipercayai warga asing kini menuntut RM40,000 daripanya dan jika gagal, video bogel itu akan dimuat naik ke laman Facebook dan YouTube.

Guru berkenaan membuat laporan polis di Sungai Udang pada Isnin dan mendakwa lelaki itu menghubunginya menerusi panggilan video pada Ahad dan memintanya untuk menanggalkan pakaian dan sebagai balasan dia turut akan melakukan perkara yang sama.

Lelaki itu kemudiannya menghantar rakaman guru berkenaan dalam keadaan bogel dan memberinya masa selama dua hari bagi mengelakkan video itu disiarkan di Internet.

Bagaimanapun masalah itu tidak berakhir di situ kerana guru itu menggunakan komputer di pusat bimbingan kanak-kanak milik kerajaan untuk beraksi lucah di hadapan rakan sibernya itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan Melaka, Datuk Gan Tian Loo berkata guru itu boleh dikenakan tindakan disiplin kerana menyalahgunakan kemudahan kerajaan.

Katanya walaupun bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh guru tersebut selepas diancam oleh teman lelaki barunya, namun tindakannya menggunakan kemudahan kerajaan untuk perkara-perkara peribadi adalah bertentangan dengan etika kerja.

"Bagaimana dia boleh menggunakan komputer di nurseri untuk merakam video bogel? Sebagai seorang guru, dia sepatutnya tahu lebih baik," katanya pada Selasa.

Friday, January 4, 2013

Ayah Tak Restu Hubungan Kami... Jadi Kami Berkhalwatlah!!


“Tidak mendapat restu,” alasan yang diberikan oleh seorang wanita ketika ditangkap tinggal sekedudukan bersama teman lelakinya dalam serbuan Unit Penguatkuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat di sebuah rumah di Pantai Punggor, Rengit, di sini, awal pagi semalam.

Lebih memeranjatkan, serbuan jam 1.30 pagi turut membongkar wanita terbabit sudah melahirkan seorang bayi lelaki berusia setahun hasil daripada hubungan sulitnya dengan teman lelakinya.

Wanita terbabit dikenali sebagai Yati, 22, berkata, dia tinggal sekedudukan bersama teman lelakinya, Hafiz, 29, berikutan hubungan mereka tidak mendapat restu keluarganya yang berada di Kemunting, Perak .

“Saya sudah sedia dan telah berusaha menyediakan beberapa dokumen untuk berkahwin serta memujuk ayah namun ayah tidak merestuinya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Penguat Kuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat, Saiful Arifin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit akan dikenakan tindakan mahkamah dalam tempoh terdekat selepas siasatan lengkap dijalankan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 23 (1)(2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor kerana melakukan persetubuhan luar nikah sehingga melahirkan anak.

“Saya menasihatkan supaya ibu bapa lebih peka terhadap sikap dan perlakuan anak-anak mereka. Kes sebegini semakin membimbangkan,” katanya.

Wednesday, December 26, 2012

Skandal Seks Dengan Pramugari, Ariel Bakal Dipenjara Semula??


Vokalis Noah (dulu Peterpan), Ariel yang bebas Julai lalu selepas hukuman penjara tiga setengah tahun kerana kesalahan mengedar video pornografi, dipanggil lagi oleh pihak polis untuk menjadi saksi kes melibatkan dirinya dan seorang pramugari.

Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham dijadual hadir untuk memberi keterangan bulan depan.

Difahamkan, Ariel dipanggil kali kedua kerana dia tidak hadir sebelum ini atas alasan sibuk dengan konsert jelajah 25 bandar di Indonesia bersama Noah.


Kes bermula apabila seorang pramugari, Magdalena Awuy melaporkan nama baiknya terjejas ekoran laporan sebuah media online Indonesia yang menyebut dia sebagai pasangan dalam skandal terbaru Ariel.

Ariel dijatuhi hukuman penjara tiga setengah tahun dan denda Rp250 juta oleh Mahkamah Daerah Bandùng pada 31 Januari 2011 selepas didapati bersalah mengedar video pornografi di mana beliau sendiri dipercayai sebagai pelakunya bersama dua orang artis wanita iaitu Cut Tari dan seorang lagi yang dipercayai sebagai Luna Maya.


Tuesday, December 25, 2012

Ikut Selepas Pulang Kerja, Pelajar 16 Tahun Dirogol 3 Lelaki


PETALING JAYA: Tindakan seorang pelajar tidak terus pulang ke rumah sebaik tamat bekerja sambilan sebaliknya mengikut tiga rakan lelaki ke rumah sewa mereka mengundang padah apabila dirogol di PJ Oldtown, di sini, kelmarin.

Menurut sumber, pelajar berusia 16 tahun dan bekerja di restoran makanan segera pada mulanya dipelawa tiga rakan lelaki ke kafe siber sebaik tamat kerja jam 11 malam.

“Kira-kira jam 5 pagi, seorang daripada lelaki terbabit kemudian mengajak mangsa pulang ke rumah sewa mereka dengan alasan untuk mengambil barang.

“Sebaik tiba, mangsa dibawa masuk ke sebuah bilik tidur dan lelaki terbabit meminta mangsa berehat dalam bilik itu,” katanya.

Katanya, ketika sedang berehat, mangsa didatangi lelaki terbabit yang kemudian mencabul mangsa sebelum merogolnya.

“Mangsa cuba melawan tetapi tidak berdaya dan selepas dirogol, seorang lagi rakan lelakinya masuk ke dalam bilik dan mahu melakukan perbuatan sama.

“Kali ini mangsa melawan sebelum meminta dihantar ke tempat kerja,” katanya.

Sumber berkata, sebaik tiba tempat kerja, mangsa mengadu kepada pengurus restoran sebelum dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya untuk membuat laporan. HM

Monday, December 24, 2012

Penjara Sebulan Kerana Cabul Jiran Sekampung


KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja pelantar minyak dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah mencabul jiran sekampungnya.

Mohd Riduan Abdul Aziz, 28, dari Rumah Murah Teluk Pasu, Manir, di sini, mengaku bersalah sengaja mencabul kehormatan mangsa berusia 21 tahun, dengan meramas buah dadanya di Jalan Buluh Gading, Manir, di sini, kira-kira jam 9.30 malam pada 25 September lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, manakala Mohd Riduan tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, mangsa bersama adiknya sedang menunggang motosikal sebelum dihampiri Mohd Riduan yang secara tiba-tiba muncul dengan sebuah motosikal.

Mohd Riduan cuba menghimpit motosikal mangsa dan mencabulnya sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, mangsa sempat mengambil nombor pendaftaran motosikal Mohd Riduan dan turut mengecam wajahnya kerana ketika kejadian, dia tidak memakai topi keledar.

Friday, December 14, 2012

Kejam Gile... 7 Tuduhan Rogol, Liwat & Bunuh!


BENTONG - Penjenayah kejam paling dikehendaki, Rabidin Satir, 42, dituduh di Mahkamah Majistret Bentong dan Mahkamah Sesyen Raub atas kesalahan merogol dan membunuh mangsa bawah umur antara tahun 2009 dan 2011.

Dua pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Bentong manakala lima lagi di Mahkamah Sesyen Raub.

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Bentong dalam keadaan tangan bergari, dengan kawalan ketat kira-kira jam 9.05 pagi, dengan berpakaian lokap berwarna oren.

Dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan merogol Annie Kok Yin Cheng, 17.

Berdasarkan kertas pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Liyana Shahrir, kejadian berlaku pada 7 Mac 2009 antara jam 11.30 malam hingga 1.50 petang, 8 Mac 2009 di sebuah rumah di Lot 4168 Kampung Ketari.

Ketika kes dibacakan, tertuduh kelihatan tenang kemudian menganggukkan kepala dan menjawab faham dengan pertuduhan itu.

Majistret, Nurliyana Ismail menetapkan 17 Januari 2013 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah Sesyen Raub pula menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 untuk setiap pertuduhan kerana lelaki itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan kedua hingga kelima iaitu merogol mangsa bawah umur.

Bagaimanapun, dia mengaku bersalah bagi pertuduhan pertama iaitu merogol seorang kanak-kanak berusia 9 tahun 5 bulan tetapi Hakim Murtazadi Amran, tidak membenarkan ikat jamin kerana bimbang akan menganggu mangsa.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwaraya Atiqah Liyana Shahrir memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM20,000 bagi setiap kes.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, dia dituduh merogol kanak-kanak berusia 9 tahun 5 bulan di antara jam 2 pagi hingga 3 pagi di dalam sebuah bilik di Taman Sri Marong, Bentong pada 9 Julai 2009.

Bagi pertuduhan kedua, Rabidin yang berasalal dari Sabah itu dituduh merogol remaja berusia 17 tahun di dalam bilik di Kilometer 5, Jalan Kuala Lumpur- Bentong di antara jam 1 hingga 3 pagi pada 21 Jun 2010.

Pertuduhan ketiga membabitkan jenayah rogol kanak-kanak berusia 8 tahun 2 bulan di tepi sungai belakang rumah dekat Ketari, Bentong antara jam 12.30 pagi hingga 1.30 pagi pada 29 April tahun lalu.

Rabidin turut menghadapi dua lagi pertuduhan bagi kes keempat membabitkan remaja berusia 16 tahun 5 bulan iaitu rogol dan liwat dalam bilik di sebuah rumah di Ketari, Bentong antara jam 1 pagi hingga 2.30 pagi.

Rabidin dituduh membabitkan Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan, Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun keseksaan.

Hakim Murtazadi Amran, menetapkan 31 Januari 2013 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Wednesday, December 12, 2012

Lambakan Majalah Erotik Luar Negara, KDN Mesti Bertindak!!

KUALA LUMPUR - Lambakan majalah erotik dari luar negara yang memaparkan gambar wanita berbogel tanpa seurat benang atau lebih dikenali sebagai majalah dewasa kini didapati dijual secara terbuka dan meluas di kedai-kedai buku di negara ini.

Majalah-majalah yang boleh didapati dengan harga murah serendah RM10 itu boleh dibeli oleh orang ramai termasuk golongan remaja bawah umur secara terbuka tanpa ada sebarang sekatan.

MAJALAH yang memaparkan wanita seksi dalam keadaan separuh bogel boleh didapati dengan mudah di pasaran tempatan ketika ini. Siapakah yang melepaskannya dijual secara bebas?

Tinjauan Kosmo! di beberapa premis menjual buku sekitar ibu negara semalam mendapati terdapat beberapa majalah yang rata-ratanya diimport dari luar negara secara terang-terangan menyiarkan gambar model dalam keadaan mengghairahkan.

Antara majalah tersebut ialah Vanity Fair edisi Disember 2012 yang secara terang-terangan menyiarkan empat keping foto model Kate Moss yang tidak memakai coli.

Majalah-majalah lain yang turut memaparkan imej seumpama itu ialah FHM, Maxim, Tattoos, Shape dan Inked.

Jualan majalah erotik itu secara berleluasa di pasaran tempatan dikhuatiri boleh menjejaskan golongan remaja kerana gambar-gambar yang tidak ditapis untuk siaran itu boleh ditatap oleh mereka dengan mudah tanpa sebarang halangan.

Kantoi Rogol Wanita Vietnam Sebab Pasang Bebola Besi Di K3maluan!


KUALA LUMPUR – Keterangan seorang wanita Vietnam mengatakan dia terpegang satu objek keras pada kemaluan lelaki yang merogolnya ketika sesi kawad cam dapat mengheret pemuda itu ke muka pengadilan sekali gus membuatkan tertuduh mengaku salah atas tuduhan tersebut.

Mohamad Fadzlie M. Rosdi, 20, mengaku yang dia ada memasang bebola besi atau ‘tayam’ pada kemaluannya ketika merogol mangsa di sebuah rumah urut di Setapak di sini pada pukul 1 pagi 25 November lalu.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Difahamkan, kawad cam itu dilakukan sebaik polis menahan Mohamad Fadzlie yang datang ke balai polis. Dia diserahkan oleh bapanya selepas gambar tertuduh yang dirakam kamera televisyen litar tertutup premis itu disiarkan akhbar.

Selain merogol, penganggur itu turut dituduh merompak premis tersebut bersama buruh kontrak, Mohd. Khairiell Idzham Hashimi, 21, dan dua lagi yang masih bebas menggunakan parang di tempat dan waktu yang sama.

Thursday, November 22, 2012

"Bangla Layan Saya Lagi Elok!" - Wanita Ditangkap Khalwat


SEORANG wanita menggunakan helah tiada tempat tinggal kerana dihalau keluarga bagi melepaskan diri daripada ditahan Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang di sebuah rumah di dekat sini, lewat malam kelmarin. Ketika serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu, wanita berusia 38 tahun ditahan bersama pasangannya yang merupakan rakyat Bangladesh kerana didapati berdua-duaan (berkhalwat) di dalam bilik di rumah berkenaan.

Wanita itu berkata, dia hanya mahu menumpang semalaman kerana tidak mempunyai tempat tinggal selepas dihalau keluarga dan enggan meminta pertolongan orang lain berikutan buntu dengan masalah dialami.

Lebih mengejutkan, wanita terbabit juga baru sahaja menamatkan tempoh idah selepas diceraikan buat kali ketiga oleh suaminya. “Saya hanya menumpang bermalam di sini kerana tidak ada tempat tinggal selepas dihalau keluarga. Saya buntu dan tidak tahu mahu minta pertolongan dengan siapa sementara menunggu hari esok untuk mencari pekerjaan lain,” katanya.

Manakala, lelaki terbabit berusia 26 tahun dan merupakan operator kilang, mengakui sudah tinggal di negara ini lebih setahun dan berkenalan dengan wanita itu kira-kira tiga bulan lalu ketika bekerja di kilang sama. Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, bertindak atas aduan awam, sepasukan anggota diketuai Pegawai Penguatkuasa, Mohd Zainal Kadiran dan dibantu beberapa anggota polis memeriksa rumah berkenaan. Menurutnya, anggota penguat kuasa menunggu selama lima minit sebelum pintu rumah dibuka seorang lelaki yang juga rakan kepada lelaki terbabit.

“Pemeriksaan lanjut dalam sebuah bilik menemui pasangan terbabit yang sedang baring di atas katil dalam keadaan mencurigakan. Bagaimanapun, lelaki terbabit menangis kerana ketakutan sebaik sahaja penguat kuasa menyoal siasatnya,” katanya kepada media.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen yang membuktikan mereka mempunyai hubungan mahram atau berstatus suami isteri.

“Mereka dibawa ke balai polis di sini, untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama bagi siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya. Beliau berkata, pasangan terbabit ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Wednesday, November 21, 2012

Mangsa Rogol Dibuang Sekolah


Sebuah sekolah swasta di Indonesia bertindak kejam membuang seorang pelajarnya yang berumur 14 tahun selepas mendakwa remaja itu mencemarkan imej institusi tersebut hanya kerana dia adalah mangsa rogol sebuah sindiket pemerdagangan manusia.

Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Nasional, Arist Merdeka Sirait berkata, pelajar itu dibuang semasa perhimpunan pada Isnin lalu.

"Pihak sekolah telah memburukkan lagi keadaan kerana memalukan mangsa di hadapan ratusan pelajar lain. Mereka sepatutnya membantu mangsa yang masih lagi trauma dengan insiden tersebut," katanya.

Difahamkan, mangsa dirogol dan dikurung selama seminggu oleh kenalan dari Facebook miliknya yang juga dipercayai adalah ahli sindiket pemerdagangan manusia di negara itu.

Monday, November 19, 2012

Masalah Bau Busuk? Seluar Dalam Kalis-Kentut Sudah Ada Di Pasaran...

Pernah tak mengalami waktu sulit anda perlu 'melepas angin' tapi berada dalam situasi tidak sesuai seperti tengah dating dengan awek, dalam kereta beramai-ramai atau semasa mesyuarat? Bimbang jika ada bau busuk menrencatkan semua situasi tersebut?

Sebuah syarikat di Jepun menghasilkan satu produk untuk mengatasi masalah ini.

Syarikat tersebut - Seiren, mencipta satu solusi yang bijak: seluar dalam (underware) berdeodoran, untuk menghalang bau yang tidak menyenagkan.



Nami Yoshida, jurucakap Seiren, berkata, “Kami mengambil masa bertahun untuk mencipta seluar dalam berdeodoran yang selesa dipakai setiap hari, juga berkesan untuk menghapuskan bau busuk. Pada mulanya kami merancang untuk menjual kepada farmasi dan hospital sahaja, tapi agak memeranjatkan bila tempahan untuk jualan kepada orang awam lebih banyak kami terima.”

Seiren juga telah menghasilkan stokin dan baju yang dapat menghalang bau ketiak yang busuk ketika berpeluh.

Sekarang anda cuma perlu praktis untuk 'melepas angin' secara senyap kerana masalah bau busuk sudah dapat diatasi dengan seluar dalam ini. duniadabomb.blogspot.com

Saturday, November 17, 2012

Bomoh Indon Tak Mengaku Rog0l Gadis Bawah Umur


Seorang bomoh berwarganegara Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini selepas didakwa merogol gadis berusia 14 tahun, minggu lalu.

Parjono,33, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan merogol seorang gadis bawah umur itu pada jam 9 malam, 7 November hingga jam 5.30 pagi, 8 November di sebuah bilik bernombor 48, jalan 16/10, Taman Koperasi Polis, Fara 1, Sentul di sini.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin memohon kepada makhamah agar tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin atas alasan Parjono merupakan warga asing.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat membenarkan permohonan itu dan menetapkan 17 Disember ini untuk sebutan semula kes.

18SX - Tempat Letak Pen Yang Tak Patut Dijual Di Malaysia


Tempat letak pen atau pen holder yang dinamakan Lusty Linda ini 
merupakan satu inovasi yang agak melampau. Alat ini akan mengeluarkan suara 
(mengerang) yang berbeza mengikut arah dan cara anda meletakkan
bahagian hujung pen pada tempatnya. duniadabomb.blogspot.com
Saksikan sendiri dalam video di bawah....

Thursday, November 15, 2012

Penjualan Air M@ni Secara Haram Kian Berleluasa

DENGAN peningkatan pasangan yang tidak mempunyai anak di China, 11 bank sperma yang wujud di negara ini tidak dapat lagi memenuhi permintaan. Ini telah meningkatkan penjualan sperma secara haram sejak kebelakangan ini.


Tiada perbezaan ketara di antara bank sperma yang berlesen dan yang haram, cuma yang berlesen dilindungi oleh undang-undang China. Bank sperma berlesen juga mempunyai pakar khas dalam bidang ini sedangkan yang haram tidak dapat dipastikan kalibernya.

Yu Hua dan suaminya sudah setahun menunggu untuk mendapatkan spesimen sperma. Bila diberitahu mereka harus menunggu selama 15 bulan lagi, mereka menemui Huang, penjual sperma haram untuk mendapatkan bantuan.

Pasangan itu boleh memilih dua kaedah, sama ada secara suntikan atau perhubungan seksual secara langsung antara Yu Hua dan Huang.

Huang berkata, “Saya menyimpan sperma dalam balang kecil kedap udara selepas melakukan maturbasi, dan memasukkannya ke dalam ovari perempuan menggunakan penyuntik plastik.”

Menurut Huang, hubungan seksual secara langsung lebih efektif berbanding kaedah suntikan tapi sudah pasti kebanyakan pasangan akan memilih kaedah suntikan. duniadabomb.blogspot.com

Tuesday, November 13, 2012

[Video] Wartawan Ditumbuk Ketika Buat Liputan Demonstrasi


SEORANG wartawan penyiaran telah ditumbuk oleh seorang lelaki ketika membuat liputan secara langsung demonstrasi anti-jenayah di Argentina. Rakaman menunjukkan Nestor Dib, dari sebuah rangkaian TV tempatan berada di tengah-tengah khalayak ramai di Buenos Aires 5 November lalu ketika seorang lelaku datang dari belakang dan menumbuknya di kepala. Lelaki yang menyerang Dib, Nicholas Ayuso telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan. duniadabomb.blogspot.com

Monday, November 12, 2012

Kambing 'Dajal' (Bermata Satu) Gemparkan Penduduk Kampung


SEEKOR kambing yang baru dilahirkan telah menggemparkan penduduk perkampungan Perundurai, Erode, India kerana kecacatan pada bahagian mukanya. Anak kambing tersebut dilahirkan dengan hanya mempunyai satu mata. Tuannya, Kandasamy, berkata sepanjang 10 tahun membela kambing ini adalah pengalaman pertamanya menghadapi situasi seperti ini. duniadabomb.blogspot.com

Sunday, November 11, 2012

[Video] Orang Makan Orang... Serangan 'Zombie' Dalam Komuter!


Serangan 'zombie' di China semakin menjadi-jadi. Terbaru adalah rakaman seorang lelaki menggigit penumpang yang berada di sebelahnya di dalam komuter. Mangsa yang sudah berdarah cuma diperhatikan sahaja oleh penumpang2 komuter lain kerana takut mereka juga diserang oleh 'zombie' tersebut!

Saksikan video di bawah...



Rogol Dalam Balai... 3 Konstabel Polis Ditahan!

BUKIT MERTAJAM: Tiga anggota polis ditahan bagi membantu siasatan selepas seorang wanita Indonesia membuat laporan polis mendakwa dirinya diperkosa ketika ditahan di sebuah balai di sini semalam.

Semua mereka berpangkat konstabel yang berusia 20 hingga 30-an itu ditahan petang semalam dan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi Kosmo! Ahad mengesahkan tangkapan tiga anggota itu yang dibuat susulan laporan daripada mangsa yang berusia 25 tahun kelmarin.

Dalam pada itu, ketika menceritakan semula episod hitam itu, mangsa yang bekerja sebagai pembantu restoran mendakwa, kejadian berlaku apabila dia dibawa ke balai polis berkenaan selepas pasport miliknya dikatakan tamat tempoh.

Sebelum itu, pada pukul 6.20 pagi kelmarin, mangsa yang menaiki sebuah teksi berhampiran sebuah pusat beli-belah di Perai ditahan anggota polis peronda yang kemudiannya meminta dia menunjukkan kad pengenalan.

Wanita itu mendakwa, ketika kejadian dia hanya membawa salinan pasport.

“Mereka (polis) beritahu pasport saya sudah tamat tempoh dan terus bawa saya ke balai polis untuk ditahan di lokap.

“Ketika berada di balai saya merayu supaya dilepaskan tetapi seorang daripadanya memaksa saya melakukan hubungan seks sebelum menghantar saya pulang ke rumah pada pukul 7.30 pagi,” kata wanita itu pada sidang akhbar di Pejabat MCA Bahagian Bukit Mertajam di sini semalam.

Saturday, November 10, 2012

[Video] Guru Tampar Murid 70 Kali Ketika Mengajar...


Kasihan bila melihat anak murid ditampar oleh guru sendiri berkali-kali 
ketika mengajar. Bayangkan murid-murid tersebut baru saja berumur 5 tahun...
masih di peringkat TADIKA jika di Malaysia.
Ada yang ditampar sehingga 70 kali dalam satu hari menyebabkan pipi 
murid tersebut lebam. Kejadian ini berlaku di China... bagaimanapun 
rakaman CCTV telahpun diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan.

.