LATEST DA'BOMB!!
Monday, December 24, 2012
Penjara Sebulan Kerana Cabul Jiran Sekampung
KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja pelantar minyak dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah mencabul jiran sekampungnya.
Mohd Riduan Abdul Aziz, 28, dari Rumah Murah Teluk Pasu, Manir, di sini, mengaku bersalah sengaja mencabul kehormatan mangsa berusia 21 tahun, dengan meramas buah dadanya di Jalan Buluh Gading, Manir, di sini, kira-kira jam 9.30 malam pada 25 September lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, manakala Mohd Riduan tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, mangsa bersama adiknya sedang menunggang motosikal sebelum dihampiri Mohd Riduan yang secara tiba-tiba muncul dengan sebuah motosikal.
Mohd Riduan cuba menghimpit motosikal mangsa dan mencabulnya sebelum melarikan diri.
Bagaimanapun, mangsa sempat mengambil nombor pendaftaran motosikal Mohd Riduan dan turut mengecam wajahnya kerana ketika kejadian, dia tidak memakai topi keledar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
-
Sepasukan polis terpaksa melakukan operasi mencari dan menyelamat lewat malam kelmarin, apabila secara tiba-tiba sebahagian lebuh raya di...
-
Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Anang Hermansyah dan isteri yang juga merupakan penyanyi, Ashanty telah merancang untuk berbula...
-
PEKERJA SEKS mendakwa mereka diusir dari jalanan di sekitar Stadium Olimpik di sini dalam operasi pembersihan pelacur sempena temasya suk...
-
apa yang menarik tentang EURO 2012 yup!! selain jaringan2 gol yang bertaraf dunia, sudah tentu awek-aweksnya... cuba pilih c...
-
Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai pelajar...
-
PETALING JAYA: Taktik licik sindiket pelacuran yang bersembunyi di sebalik papan tanda premis kedai menjual makanan kucing di Kota Damansara...
-
MELAKA: Seorang guru pusat bimbingan kanak-kanak berusia 48 tahun kini berdepan ugutan selepas memberikan aksi bogelnya kepada seorang ra...
-
KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja pelantar minyak dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas men...
-
Vokalis Noah (dulu Peterpan), Ariel yang bebas Julai lalu selepas hukuman penjara tiga setengah tahun kerana kesalahan mengedar video por...
-
“Saya terjaga daripada tidur selepas bermimpi seorang wanita memberikan tiga helai kain putih sebelum mengerjakan solat Tahajud untuk men...

No comments:
Post a Comment