LATEST DA'BOMB!!
Friday, January 4, 2013
Ayah Tak Restu Hubungan Kami... Jadi Kami Berkhalwatlah!!
“Tidak mendapat restu,” alasan yang diberikan oleh seorang wanita ketika ditangkap tinggal sekedudukan bersama teman lelakinya dalam serbuan Unit Penguatkuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat di sebuah rumah di Pantai Punggor, Rengit, di sini, awal pagi semalam.
Lebih memeranjatkan, serbuan jam 1.30 pagi turut membongkar wanita terbabit sudah melahirkan seorang bayi lelaki berusia setahun hasil daripada hubungan sulitnya dengan teman lelakinya.
Wanita terbabit dikenali sebagai Yati, 22, berkata, dia tinggal sekedudukan bersama teman lelakinya, Hafiz, 29, berikutan hubungan mereka tidak mendapat restu keluarganya yang berada di Kemunting, Perak .
“Saya sudah sedia dan telah berusaha menyediakan beberapa dokumen untuk berkahwin serta memujuk ayah namun ayah tidak merestuinya,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Penguat Kuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat, Saiful Arifin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit akan dikenakan tindakan mahkamah dalam tempoh terdekat selepas siasatan lengkap dijalankan.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 23 (1)(2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor kerana melakukan persetubuhan luar nikah sehingga melahirkan anak.
“Saya menasihatkan supaya ibu bapa lebih peka terhadap sikap dan perlakuan anak-anak mereka. Kes sebegini semakin membimbangkan,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
-
PETALING JAYA: Taktik licik sindiket pelacuran yang bersembunyi di sebalik papan tanda premis kedai menjual makanan kucing di Kota Damansara...
-
Terkejut apabila melihat gambar seksi aktres popular Nora Danish dalam ruangan majalah GLAM edisi Mei 2012, kerana baru-baru ini kita bar...
-
Lagi penyebaran gambar yang mengaibkan pelakon comel Nora Danish. Gosip mengatakan gambar di atas ini merupakan Nora Danish bersama rakan...
-
Vokalis Noah (dulu Peterpan), Ariel yang bebas Julai lalu selepas hukuman penjara tiga setengah tahun kerana kesalahan mengedar video por...
-
“Tidak mendapat restu,” alasan yang diberikan oleh seorang wanita ketika ditangkap tinggal sekedudukan bersama teman lelakinya dalam serb...
-
Penyanyi dan pelakon genit, Amy Mastura sudah pun berusia 42 tahun. Tetapi sehingga kini wajahnya bagaikan tidak di makan usia. Ketika be...
-
Pengkhianat negara - Itu tohmahan yang dilemparkan kepada pelakon dan penyanyi Ifa Raziah oleh sesetengah pihak apabila dia menyertai kumpu...
-
Penyanyi, Winnie Kok atau nama komersialnya Winnie K memberitahu bahawa dia mengalami kecederaan di hidung akibat daripada membuat persem...
-
Pelakon Talha Harith akan lebih berwaspada sebelum mendedahkan sebarang gambar peribadi miliknya kerana bimbang pihak luar mungkin men...
-
PETALING JAYA: Tindakan seorang pelajar tidak terus pulang ke rumah sebaik tamat bekerja sambilan sebaliknya mengikut tiga rakan lelaki k...

No comments:
Post a Comment