MELAKA: Seorang guru pusat bimbingan kanak-kanak berusia 48 tahun kini berdepan ugutan selepas memberikan aksi bogelnya kepada seorang rakan Facebook yang baru dikenalinya selama sebulan.
Lelaki berkenaan yang dipercayai warga asing kini menuntut RM40,000 daripanya dan jika gagal, video bogel itu akan dimuat naik ke laman Facebook dan YouTube.
Guru berkenaan membuat laporan polis di Sungai Udang pada Isnin dan mendakwa lelaki itu menghubunginya menerusi panggilan video pada Ahad dan memintanya untuk menanggalkan pakaian dan sebagai balasan dia turut akan melakukan perkara yang sama.
Lelaki itu kemudiannya menghantar rakaman guru berkenaan dalam keadaan bogel dan memberinya masa selama dua hari bagi mengelakkan video itu disiarkan di Internet.
Bagaimanapun masalah itu tidak berakhir di situ kerana guru itu menggunakan komputer di pusat bimbingan kanak-kanak milik kerajaan untuk beraksi lucah di hadapan rakan sibernya itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan Melaka, Datuk Gan Tian Loo berkata guru itu boleh dikenakan tindakan disiplin kerana menyalahgunakan kemudahan kerajaan.
Katanya walaupun bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh guru tersebut selepas diancam oleh teman lelaki barunya, namun tindakannya menggunakan kemudahan kerajaan untuk perkara-perkara peribadi adalah bertentangan dengan etika kerja.
"Bagaimana dia boleh menggunakan komputer di nurseri untuk merakam video bogel? Sebagai seorang guru, dia sepatutnya tahu lebih baik," katanya pada Selasa.
LATEST DA'BOMB!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
.
-
Sekitar minggu lepas, didapati Gambit Saifullah telah terbang ke Sydney, Australia untuk bermain permainan poker di sana. Tujuan asalnye ...
-
Pengacara tempatan terkenal, Azwan Ali sekali lagi telah mencetuskan kontroversi apabila menggunakan akaun Twitter miliknya untuk meluahk...
-
Salah satu nama besar dalam industri perfileman Hollywood ini dikatakan tidak membayar cukai pendapatan yang melibatkan nilai lebih darip...
-
Penyanyi, Siti Nursaida Tarudin, atau Saida akui kuat dan tenang selepas disahkan bercerai dengan bekas suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikr...
-
Penyanyi, Winnie Kok atau nama komersialnya Winnie K memberitahu bahawa dia mengalami kecederaan di hidung akibat daripada membuat persem...
-
kata orang doa arang yang teraniaya akan dimakbulkan... selepas penat melayan kontroversi nama sebenarnya yang menjadi bahan lawak ...
-
Seekor singa laut jantan berusia tujuh tahun yang bernama Tik menjadi 'ahli nujum' dengan meneka pemenang perlawanan pembukaan ke...
-
Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai pelajar...
-
Pelakon Talha Harith akan lebih berwaspada sebelum mendedahkan sebarang gambar peribadi miliknya kerana bimbang pihak luar mungkin men...
-
Aktres Zahida Rafik menjadi semakin popular selepas tersebar dakwaan dia menerima sejumlah wang daripada seorang menteri kanan sehingga m...