LATEST DA'BOMB!!
Monday, April 23, 2012
KAKAK SITI NURHALIZA LEBIH TENANG BILA 'MENJANDA'...
Penyanyi, Siti Nursaida Tarudin, atau Saida akui kuat dan tenang selepas disahkan bercerai dengan bekas suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikr, pada 7 Oktober tahun lalu.
Malah, Saida berkata kehidupannya kini perlu diteruskan untuk membesarkan empat orang anaknya yang masih bersekolah.
“Alhamdulilah setelah agak lama kami turun naik mahkamah untuk menyelesaikan hal ini, akhirnya ia selesai mengikut kehendak saya.
“Walaupun ianya berakhir dengan penceraian, saya terimanya sahaja ketentuan tersebut.
“Saya juga perlu kuat untuk membesarkan anak-anak saya, lebih-lebih lagi anak sulung saya pada tahun ini bakal menduduki peperiksaan yang besar iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR),” katanya yang ditemui ketika siri jelajah Barisan Artis Nasional di Ipoh, Perak.
Saida dan bekas suami yang tidak memfailkan hak penjagaan anak, kini bergilir-gilir mengambil alih untuk menjaga anaknya yang berusia dari 15 tahun hingga enam tahun.
Menurut kakak kepada penyanyi no 1 negara, Dato’ Siti Nurhaliza ini, dia sangat bersyukur kerana dapat meneruskan kehidupannya dengan tenang kerana anak-anaknya sudah mula memahami hubungannya dengan bekas suami.
“Anak-anak banyak dibawah penjagaan saya, cuma setiap hari minggu mereka akan berjumpa dengan bapa mereka.
“Saya dan bekas suami tiada masalah dengan cara begini sebab kami saling bertolak ansur, jadi tidak perlu untuk kami failkan hak penjagaaan anak,” luahnya lagi.
Menyentuh mengenai soal jodohnya adakah dia akan berumah tangga lagi, Saida memberitahu dia kini senang dengan kehidupannya yang sudah bergelar janda.
“Saya belum terfikir mengenai pasangan hidup lagi, kerana hari-hari saya sibuk dengan menguruskan hal sekolah anak-anak.
“Namun soal jodoh saya akan datang, saya serahkan pada ketentuanNya,” tambahnya lagi.
Saida yang masih dalam perancangan untuk mengeluarkan single terbaru kini sedang sibuk menguruskan kerja-kerja di syarikat Siti Nurhaliza Production. Sdn Bhd. -murai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
-
PETALING JAYA: Taktik licik sindiket pelacuran yang bersembunyi di sebalik papan tanda premis kedai menjual makanan kucing di Kota Damansara...
-
Dua bulan saya mengurungkan diri di rumah, saya malu, tertekan, ibu saya terlalu sedih mengenangkan tragedi itu, dia menangis selama seta...
-
“Saya terjaga daripada tidur selepas bermimpi seorang wanita memberikan tiga helai kain putih sebelum mengerjakan solat Tahajud untuk men...
-
suka makan aiskrim?? mungkin 8 perisa baru di bawah patut anda cuba sebagai pelengkap kepada minat anda terhadap aiskrim... F...
-
Pelakon Talha Harith akan lebih berwaspada sebelum mendedahkan sebarang gambar peribadi miliknya kerana bimbang pihak luar mungkin men...
-
BENTONG - Penjenayah kejam paling dikehendaki, Rabidin Satir, 42, dituduh di Mahkamah Majistret Bentong dan Mahkamah Sesyen Raub atas kes...
-
Walaupun sudah memiliki saiz payudara yang besar, Nikita Mirzani masih belum puas apabila dia meluahkan hasrat untuk membesarkan payudara...
-
jangan hanya lihat & fikir dari sudut seksual kerana hasil seni ...
-
Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani yang terkenal dengan penampilannya yang menjolok mata tidak hanya meluahkan keinginannya untu...
-
Sepasukan polis terpaksa melakukan operasi mencari dan menyelamat lewat malam kelmarin, apabila secara tiba-tiba sebahagian lebuh raya di...

No comments:
Post a Comment