LATEST DA'BOMB!!
Wednesday, April 4, 2012
TERBANG RM20,000 - NADIA MUSTAFAR DISAMUN DI PASAR PUDU!!
Pelakon drama, Siti Naziyah Sheikh Mustafa atau Nadia Mustafar kerugian RM20,000 selepas disamun dua lelaki menaiki motosikal di tempat letak kereta Pasar Pudu, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Nadia, 35, bersama anak keduanya di dalam kereta Toyota Camry miliknya sebelum seorang lelaki yang masih memakai topi keledar membuka pintu dan membawa lari beg tangan pelakon berkenaan yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan.
Nadia yang ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berkata, terkejut dengan tindakan dua lelaki itu, dia keluar daripada kereta dan menjerit meminta tolong, namun beberapa orang awam di situ gagal mengejar dua lelaki terbabit yang memecut laju motosikal mereka.
“Saya baru tiba di tempat letak kereta pasar itu apabila tiba-tiba dua lelaki berhenti di sebelah pintu kiri saya sebelum seorang daripada mereka membuka pintu dan melarikan beg tangan saya.
“Di dalam beg itu ada tiga beg kecil masing-masing berisi wang perniagaan RM18,000 manakala dua lagi wang perbelanjaan diri dan dokumen peribadi,” katanya.
Menurutnya, dia terkilan dengan kejadian itu kerana wang berkenaan hasil pendapatan 13 hari membuka gerai jualan di Pusat Kraf Negara.
“Wang itu hasil pendapatan berniaga yang sebahagiannya saya mahu bayar gaji enam pekerja,” katanya. -HM
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
-
PETALING JAYA: Taktik licik sindiket pelacuran yang bersembunyi di sebalik papan tanda premis kedai menjual makanan kucing di Kota Damansara...
-
Sebelum ini, Dafi pernah memaklumkan yang dia ditawarkan menjadi wajah eksklusif stesen TV popular Indonesia, TransTV. Perkhabaran terbar...
-
SEMPENA penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia 2012 oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), baru-baru ini, penganjur ...
-
apa yang menarik tentang EURO 2012 yup!! selain jaringan2 gol yang bertaraf dunia, sudah tentu awek-aweksnya... cuba pilih c...
-
Penyanyi, Winnie Kok atau nama komersialnya Winnie K memberitahu bahawa dia mengalami kecederaan di hidung akibat daripada membuat persem...
-
‘Nama saya Aaron bukan Mat Haron’ KUALA LUMPUR: “Nama saya Aaron Aziz Mustafa, bukan Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa. “Saya kece...
-
Pelakon drama, Siti Naziyah Sheikh Mustafa atau Nadia Mustafar kerugian RM20,000 selepas disamun dua lelaki menaiki motosikal di tempat l...
-
PEKERJA SEKS mendakwa mereka diusir dari jalanan di sekitar Stadium Olimpik di sini dalam operasi pembersihan pelacur sempena temasya suk...

No comments:
Post a Comment