LATEST DA'BOMB!!
Wednesday, April 4, 2012
IFA RADZIAH PENGKHIANAT NEGARA???
Pengkhianat negara - Itu tohmahan yang dilemparkan kepada pelakon dan penyanyi Ifa Raziah oleh sesetengah pihak apabila dia menyertai kumpulan pelawak dari Singapura untuk bertanding dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) baru-baru ini.
Akibat daripada tohmahan itu, mungkin ramai yang tidak tahu Ifa sebenarnya terkilan dan tertekan dengan perkara itu. Jelas Ifa, tuduhan itu terlalu berat kerana dia sama sekali tidak pernah terfikir untuk mengkhianati negara.
“Saya rasa tidak salah berkolaborasi dengan kumpulan dari Singapura. Bukan niat untuk mengkhianati negara. Tuduhan itu terlalu berat. Mungkin ada peminat yang tidak boleh terima saya sebagai pelawak.
"Saya rasa tertekan dengan tohmahan itu sehingga saya jatuh sakit. Saya terpaksa tolak banyak undangan menyanyi kerana kesihatan tidak mengizinkan. Buat apa saya terima kalau suara saya tidak keluar,” ujar Ifa ketika ditemubual oleh Melodi.
Dalam masa yang sama, penyanyi ini juga menjawab desas-desus yang mengatakan dia terkena ‘buatan orang’.
“Saya pun tidak pasti sama ada betul atau tidak. Saya memang sakit dalam tempoh yang agak lama. Tapi bermula bulan tiga lalu saya sudah semakin pulih. Saya sudah mula bekerja semula dan rasa makin sihat,” ujar Ifa.
Dalam perkembangan lain, Ifa juga sempat mengulas tentang dakwaan yang mengatakan dia suka ‘mencaras’ atau mengambil peluang orang lain dalam industri hiburan ini.
“Sebenarnya caras-mencaras ini adalah perkara biasa dalam industri. Tapi saya memang tidak pernah mencaras sesiapa,” ujar Ifa. -gua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
-
PETALING JAYA: Taktik licik sindiket pelacuran yang bersembunyi di sebalik papan tanda premis kedai menjual makanan kucing di Kota Damansara...
-
‘Nama saya Aaron bukan Mat Haron’ KUALA LUMPUR: “Nama saya Aaron Aziz Mustafa, bukan Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa. “Saya kece...
-
Pengacara tempatan terkenal, Azwan Ali sekali lagi telah mencetuskan kontroversi apabila menggunakan akaun Twitter miliknya untuk meluahk...
-
Sekitar minggu lepas, didapati Gambit Saifullah telah terbang ke Sydney, Australia untuk bermain permainan poker di sana. Tujuan asalnye ...
-
Vokalis Noah (dulu Peterpan), Ariel yang bebas Julai lalu selepas hukuman penjara tiga setengah tahun kerana kesalahan mengedar video por...
-
SEORANG wartawan penyiaran telah ditumbuk oleh seorang lelaki ketika membuat liputan secara langsung demonstrasi anti-jenayah di Argentin...
-
SEORANG wanita menggunakan helah tiada tempat tinggal kerana dihalau keluarga bagi melepaskan diri daripada ditahan Penguatkuasa Pejabat ...
-
“Tidak mendapat restu,” alasan yang diberikan oleh seorang wanita ketika ditangkap tinggal sekedudukan bersama teman lelakinya dalam serb...
-
MENURUT rekod rasmi Zeenat Bi berusia 101 tahun, tapi dia menyatakan umurnya sudahpun 113. Berdiri pada ketinggian 3 kaki, wanita dari ...
-
Akhirnya penyanyi dan pelakon Nur Syuhada Baharuddin, 24, selamat bernikah dengan Farizwan Mohd yang berusia lebih 16 tahun daripadanya. Mer...

hot sokmo
ReplyDelete