LATEST DA'BOMB!!
Tuesday, November 6, 2012
Orang Kerdil Paling Tua Di Dunia Simpan Cita-cita Tunaikan Haji
MENURUT rekod rasmi Zeenat Bi berusia 101 tahun, tapi dia menyatakan umurnya sudahpun 113.
Berdiri pada ketinggian 3 kaki, wanita dari Bhopal, India ini mungkin memecahkah rekod Lowell Deforest Mason yang kini menjangkau 74 tahun sebagai orang kerdil paling tua di dunia.
“Saya sudah terlalu tua kerana saya boleh menyaksikan bagaimana bandar ini membangun dari hutan rimba semasa zaman penjajahan British. Dulunya kawasan ini dipenuhi hutan pada saujana mata memandang,” Bi menceritakan.
“Saya ingat lagi semasa British membawa dan menghidang roti mereka untuk penduduk di sini untuk pertama kali. Kami riuh-rendah bersembang, tiada makanan sesedap itu yang pernah kami makan sebelumnya.”
Bi yang menganut agama Islam turut menyatakan hasratnya sebelum menghembus nafas terakhir. Termasuklah untuk menemui pelakon popular Bollywood, Salman Khan, dan menunaikan fardu Haji di Mekah.
Tidak pernah berkahwin, Bi menyara hidupnya dengan wang pencen sebanyak 275 rupee (RM16) sebulan. -duniadabomb.blogspot.com
*jangan copy&paste kalo tak reti nak letak link asal...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
-
jangan hanya lihat & fikir dari sudut seksual kerana hasil seni ...
-
PETALING JAYA: Taktik licik sindiket pelacuran yang bersembunyi di sebalik papan tanda premis kedai menjual makanan kucing di Kota Damansara...
-
Salah satu nama besar dalam industri perfileman Hollywood ini dikatakan tidak membayar cukai pendapatan yang melibatkan nilai lebih darip...
-
Pelakon Talha Harith akan lebih berwaspada sebelum mendedahkan sebarang gambar peribadi miliknya kerana bimbang pihak luar mungkin men...
-
Rita Rudaini memberitahu bahawa dia tidak terkejut dengan berita yang diterima dari suami yang juga merupakan pemain bola sepak kebangsaa...
-
MELAKA: Seorang guru pusat bimbingan kanak-kanak berusia 48 tahun kini berdepan ugutan selepas memberikan aksi bogelnya kepada seorang ra...

No comments:
Post a Comment