LATEST DA'BOMB!!

Wednesday, June 13, 2012

WANITA & GOSIP DALAM HIDUP JOHAN AS' ARI...



Meskipun sebelum ini dia menafikan mempunyai hubungan dengan Fasha dan Nabila, namun entah kenapa gosip tetap hangat mendakwa mereka bercinta. Malah ada juga cakap-cakap yang mendakwa Johan sekadar ingin meraih publisiti murahan melalui gosip tersebut bagi melonjakkan namanya.

Gosip dengan Fasha...



Dan terbaru, melalui filem Pencinta, Johan dengan rela hati bersedia menerima apa sahaja gosip yang bakal melanda dirinya dengan pelakon Siti Saleha. Katanya, dia tidak mempunyai masalah tentang semua itu kerana percaya khabar angin akan hilang dengan sendiri jika gosip tersebut tidak benar.

"Memandangkan sebelum ini saya sering digosipkan bercinta dengan pelakon-pelakon wanita yang berganding dengan saya, maka saya juga sudah bersedia untuk dikaitkan dengan Saleha.

Gosip dengan Nabila...



"Saya tidak boleh menolak persepsi orang yang akan berkata macam-macam walaupun sudah diberikan penjelasan.

"Dan gosip-gosip cinta seperti ini akan lenyap dengan sendiri jika apa yang perkatakan itu tidak benar," katanya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, Johan tetap mengakui bahawa gosiplah yang sedikit sebanyak mempengaruhi popularitinya. Oleh yang demikian, dia berharap agar populariti yang ada tidak mudah jatuh sebagaimana artis-artis lain.

"Alhamdulillah, dalam masa setahun sahaja saya dikenali ramai. Semua ini kerana Juvana dan sedikit sebanyak gosip yang melanda juga mempengaruhi populariti tersebut.

Terkini... gosip dengan Siti Saleha??



"Walaupun orang sering berkata seseorang artis itu mudah tersungkur jika terlalu cepat popular, saya harap ia tidak berlaku kepada diri sendiri.

"Kalau boleh saya ingin menjadi orang popular kerana menjadi yang terbaik. Saya percaya, jika bekerja dengan ikhlas dan selalui ingat Tuhan, InsyaAllah, karier kita akan berjalan dengan lancar," ujarnya bersungguh.

Persoalannya sekarang... selepas Siti Saleha, siapakah pula pelakon wanita yang bakal digosipkan dengannya apabila digandingkan nanti? Apakah kitaran gosip ini tiada noktah di dalam industri drama dan perfileman negara kita bagi melariskan produk mereka?

Jawapannya, tepuk dada tanya selera!

sumber: myartis

No comments:

Post a Comment

.