LATEST DA'BOMB!!

Thursday, April 5, 2012

WAHH... SIAPA HADIAHKAN NEELOFA BERLIAN RM3.82 JUTA??


Nama Neelofa semakin mendapat tempat dalam kalangan hati pengikut dunia hiburan tanahair. Bertitik-tolak dari kemenangan beliau dalam pertandingan Dewi Remaja, rezeki serta tawaran karier seni beliau semakin mencurah-curah. Terbaru selepas muncul dengan rekaan kasut sendiri, Neelofa dikhabarkan mahu memulakan perniagaan yang lain pula. GUA berkesempatan menemui Neelofa di Majlis Pelancaran Pesta Berlian HABIB di Ampang sebentar tadi.

“Kali ini perniagaan ini bukanlah perniagaan Lofa seorang sahaja. Ia lebih kepada perniagaan keluarga. Lofa, kakak dan emak akan melancarkan satu produk kesihatan dan kecantikan tidak lama lagi. Produk yang diberi nama BellaVita ini merupakan sebuah minuman kesihatan yang kaya dengan khasiat buah-buahan semulajadi dan kolagen. Ia sesuai untuk kesihatan dalaman serta kecantikan kuku, rambut dan kulit “.

“Produk ini diformulasi di Perancis. Insya-Allah, kalau tiada aral melintang dalam bulan April ini juga Lofa akan buat pengumuman rasmi mengenai produk ini. Produk ini tidak membawa kesan mudarat kepada sesiapa yang menggunakannya sebab kita gunakan bahan semulajadi. Keluarga terdekat pun dah cuba produk ini. Kalau semua nak tahu bagaimana rupa BellaVita, kena tunggu kemunculan produk ini “, ujar pengacara Nona ini.

Neelofa yang ketika ditemui di majlis anjuran Habib Jewels Sdn Bhd kelihatan cukup anggun mengenakan gaun putih di samping memakai set berlian ‘Blue Sapphire’ HABIB bernilai RM3.82 juta. Kehadiran Neelofa menggayakan koleksi berlian HABIB itu menambah seri majlis tahunan yang diadakan syarikat itu.

Mengulas mengenai pencalonannya dalam Anugerah Bintang Popular Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, Neelofa menyatakan rasa gembira dan terujanya menghadiri anugerah berkenaan buat pertama kali sebagai finalis.

“ Lofa rasa bersyukur atas pencalonan ini. Dah tercalon pun Lofa rasa cukup baik. Lagipun saingan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular bukan calang-calang orang. Semuanya menyerlah dalam kerjaya seni masing-masing. Semua orang pun ada keinginan untuk menggenggam trofi berprestij tersebut dan peluang setiap calon terbuka “, ujar Neelofa yang akan memakai rekaan Calvin Thoo pada majlis tersebut.

GUA juga sempat bertanyakan Neelofa berkenaan kelab peminatnya ‘NeelofaTeam’ yang tidak henti-henti menyokong karier seninya selama ini. Mengakui kagum dengan sokongan yang dilakukan para peminatnya, Lofa terharu dengan usaha mereka selama ini.

Neelofa yang pernah muncul dalam filem Azura 2012 bakal muncul dengan beberapa buah filem lagi termasuk Lemak Kampung Santan dan Saya Amat Mencintaimu. Neelofa juga memberitahu GUA beliau teringin mendalami dunia lakonan menerusi kelas-kelas yang dianjurkan pelakon berpengalaman seperti Ellie Suriati cuma setakat ini kekangan masa yang menjadi penghalang. gua.com.my

No comments:

Post a Comment

.