LATEST DA'BOMB!!
Wednesday, April 4, 2012
TERBANG RM20,000 - NADIA MUSTAFAR DISAMUN DI PASAR PUDU!!
Pelakon drama, Siti Naziyah Sheikh Mustafa atau Nadia Mustafar kerugian RM20,000 selepas disamun dua lelaki menaiki motosikal di tempat letak kereta Pasar Pudu, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Nadia, 35, bersama anak keduanya di dalam kereta Toyota Camry miliknya sebelum seorang lelaki yang masih memakai topi keledar membuka pintu dan membawa lari beg tangan pelakon berkenaan yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan.
Nadia yang ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berkata, terkejut dengan tindakan dua lelaki itu, dia keluar daripada kereta dan menjerit meminta tolong, namun beberapa orang awam di situ gagal mengejar dua lelaki terbabit yang memecut laju motosikal mereka.
“Saya baru tiba di tempat letak kereta pasar itu apabila tiba-tiba dua lelaki berhenti di sebelah pintu kiri saya sebelum seorang daripada mereka membuka pintu dan melarikan beg tangan saya.
“Di dalam beg itu ada tiga beg kecil masing-masing berisi wang perniagaan RM18,000 manakala dua lagi wang perbelanjaan diri dan dokumen peribadi,” katanya.
Menurutnya, dia terkilan dengan kejadian itu kerana wang berkenaan hasil pendapatan 13 hari membuka gerai jualan di Pusat Kraf Negara.
“Wang itu hasil pendapatan berniaga yang sebahagiannya saya mahu bayar gaji enam pekerja,” katanya. -HM
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
-
KUALA LUMPUR – Keterangan seorang wanita Vietnam mengatakan dia terpegang satu objek keras pada kemaluan lelaki yang merogolnya ketika se...
-
Tempat letak pen atau pen holder yang dinamakan Lusty Linda ini merupakan satu inovasi yang agak melampau. Alat ini akan mengeluarka...
-
PETALING JAYA: Taktik licik sindiket pelacuran yang bersembunyi di sebalik papan tanda premis kedai menjual makanan kucing di Kota Damansara...
-
Penyanyi, Siti Nursaida Tarudin, atau Saida akui kuat dan tenang selepas disahkan bercerai dengan bekas suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikr...
-
Pengkhianat negara - Itu tohmahan yang dilemparkan kepada pelakon dan penyanyi Ifa Raziah oleh sesetengah pihak apabila dia menyertai kumpu...
-
apa yang menarik tentang EURO 2012 yup!! selain jaringan2 gol yang bertaraf dunia, sudah tentu awek-aweksnya... cuba pilih c...
-
Penyanyi, Winnie Kok atau nama komersialnya Winnie K memberitahu bahawa dia mengalami kecederaan di hidung akibat daripada membuat persem...
-
Sebuah sekolah swasta di Indonesia bertindak kejam membuang seorang pelajarnya yang berumur 14 tahun selepas mendakwa remaja itu mencemar...
-
kata orang doa arang yang teraniaya akan dimakbulkan... selepas penat melayan kontroversi nama sebenarnya yang menjadi bahan lawak ...
-
Salah satu nama besar dalam industri perfileman Hollywood ini dikatakan tidak membayar cukai pendapatan yang melibatkan nilai lebih darip...

No comments:
Post a Comment