LATEST DA'BOMB!!

Sunday, April 8, 2012

SITI SALEHA KEMBALI INTIM DENGAN SIAPA??


Sporting. Itu yang boleh MD katakan tentang pelakon cantik, Siti Saleha, 22, apabila dia dengan senang hati memberitahu yang dia kini sedang intim dengan penjaga gol Sabah. Bahkan sudah dua tahun hubungan mereka bersemi.

Sebetulnya kenyataan itu spontan diluahkan aktres yang popular menerusi drama Nora Elena ni, saat ditanya mengenai perkembangan hubungannya dengan seorang jejaka berketurunan Inggeris. Sementelah adik kepada penyanyi Sam (Bunkface) ini sudah lama di gosipkan dengan lelaki bernama Robin Coenraad itu berikutan beberapa kali juga mereka berdua muncul bersama di acara hiburan sebelum ini.

Namun agak memeranjatkan apabila gadis yang mesra dengan panggilan Sal ni menjelaskan dia dan Robin sudah berpisah. Malah apa yang membuatkan MD tambah terkedu sekejap, Sal membuka rahsia dia sekarang sedang rapat dengan adik kepada pelakon Syarifah Sofea dan arjuna yang enggan disebutkan namanya itu menurutnya adalah bekas kekasihnya sebelum ini.

"Saya dengan Robin dah lama berpisah. Sekarang saya dengan ex saya balik. Tak nak sebut nama tapi apa yang boleh saya kongsikan, dia penjaga gol pasukan Sabah. Dia adik kepada Sharifah Sofea', kata Siti Saleha sewaktu ditemui di lokasi penggambaran filem KL Zombie di Nilai, baru-baru ini.

Pun begitu menurut Sal dia tidak mahu telalu bercerita tentang kisah peribadi. Cukup sekadar apa yang difikirkan sepatutnya. Malah buat masa tidak terlintas di fikirannya apa-apa perancangan dalam hubungan mereka.

"Apa salahnya kalau saya cakap saya ada boyfriend. Tapi ada limit-nya juga untuk saya bercerita tentangnya. Sebab ini soal private, kan",

"Lagipun kami jarang berjumpa. Sebab masing-masing pun sibuk. Berhubung pun melalui teknologi - skype dan sebagainya",

Ditanya apa yang membuatkan hatinya terbuka untuk menerima semula pemuda berusia 26 tahun itu, kata Sal selain sikap memahaminya, dia masih sayang pada kekasihnya itu.

"Dia seorang yang memahami. Tak macam Robin, dia susah sikit nak faham, misalnya kalau dia tengok kat TV saya berlakon dengan pelakon lelaki, dia mudah tunjuk rasa tak senang, dia susah nak faham yang tu just acting",

"Dan apa yang boleh saya katakan, saya sayang dia. Saya akui kami rapat. Saya nak serius dengan dia", ujar Sal lagi. Sal turut memberitahu dia memang rapat dengan keluarga pemuda tu lenih-lebih lagi dengan Sharifah Sofea.

Sementara menyentuh mengenai perkembangan karier, Sal baru saja selesai menjalani pengambaran filem seram-komedi KL Zombie. Dalam filem arahan M.J Woo itu, dia memengang watak Nora, seorang gadis yang menceburi perniagaan MLM dan satu peristiwa telah berlaku hinga menyebabkan dia terheret sama dalam serangan zombie di ibukota kuala Lumpur.

"Dalam filem ni Sal bergandingan dengan Zizan (Raja Lawak). Kali kedua kami bekerjasama. Ni juga kali pertama saya kerja dengan pengarah M.J. Satu pengalaman menyeronokkan lebih-lebih lagi babak kena serang dengan Zombie. Rambut Sal kena tarik ngan zombie-zombie tu", kata Sal menceritakan pengalaman berlakon dalam filem yang diadaptasi dari novel grafik Zombiejaya.

Tamabah Sal lagi, tawaran demi tawaran, buat masa ini dia terpaksa menangguhkan pelajaran seketika. Tapi bagaiamanapun, dia tetap mahu menghabiskannya.

"Saya nak tranfer kreadit. Lepas tu, mungkin saya akan berehat dari berlakon dan InsyaAllah saya rancang nak sambung pelajaran di United Kingdom, nanti. -malaysianDigest

No comments:

Post a Comment

.