LATEST DA'BOMB!!
Thursday, April 5, 2012
MAHER ZAIN AKAN RAKAM LAGU BAHASA KOREA PULA!!
Penyanyi yang popular dengan lagu "Thank You Allah" Maher Zain telah memberitahu bahawa dia ingin cuba sesuatu yang baru dengan muziknya dengan membuat lagu dalam bahasa Korea nanti.
"Mungkin saya akan cuba merakamkan lagu solo dalam bahasa Korea pula. Saya terbuka dengan semua budaya asalkan matlamatnya sama, iaitu memperjuangkan lagu berunsur keislaman. Mungkin suatu hari nanti saya akan realisasikan angan-angan tersebut," kata Maher ketika ditemui pada pelancaran album terbarunya di Palalada Grand Indonesia, Jakarta pada Isnin yang lalu.
Penyanyi yang pernah membuat lagu dalam bahasa Melayu berjudul "InsyaAllah" telah melancarkan album terbarunya yang diberi nama "Forgive Me". Dalam album terbarunya ini, Maher mempertaruhkan lagu solo yang berjudul "Number One For Me".
Album "Forgive Me" ini akan menampilkan sebanyak 14 buah lagu baru, termasuk dua buah lagu dalam bahasa Indonesia iaitu "Ku Milik Mu" dan "Tuntunku Kepada Mu".
Untuk lagu "My Little Girl", Maher telah menggunakan suara anaknya, Aya Zain, yang ketika itu masih bayi. -YE
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
-
jangan hanya lihat & fikir dari sudut seksual kerana hasil seni ...
-
PETALING JAYA: Taktik licik sindiket pelacuran yang bersembunyi di sebalik papan tanda premis kedai menjual makanan kucing di Kota Damansara...
-
Salah satu nama besar dalam industri perfileman Hollywood ini dikatakan tidak membayar cukai pendapatan yang melibatkan nilai lebih darip...
-
Pelakon Talha Harith akan lebih berwaspada sebelum mendedahkan sebarang gambar peribadi miliknya kerana bimbang pihak luar mungkin men...
-
Rita Rudaini memberitahu bahawa dia tidak terkejut dengan berita yang diterima dari suami yang juga merupakan pemain bola sepak kebangsaa...
-
MELAKA: Seorang guru pusat bimbingan kanak-kanak berusia 48 tahun kini berdepan ugutan selepas memberikan aksi bogelnya kepada seorang ra...

No comments:
Post a Comment