LATEST DA'BOMB!!
Tuesday, April 10, 2012
MAKHLUK BERTENGGEK ATAS BAHU... FIZZ FAIRUZ MENGIDAP PENYAKIT MISTERI??
Pelakon popular, Fizz Fairuz mengakui dirinya telah mendapatkan rawatan tradisional baru-baru ini bagi menyembuhkan sakit misteri yang dihidapinya hampir dua minggu.
Fizz memberitahu, dia mulai mengalami gangguan kesihatan sebaik selesai penggambaran babak terakhir drama "Waris" di Ulu Langat pada 20 Mac lalu.
"Saya menyangkakan ianya hanyalah demam biasa, jadi saya bertemu doktor untuk mendapatkan suntikan. Walaubagaimanapun, selepas dua minggu keadaan kesihatan saya masih tidak menentu dan saya akhirnya pergi mendapatkan rawatan alternatif, berubat secara tradisional.
"Alhamdulillah, keadaan saya sekarang ini sudah boleh dikatakan seratu peratus pulih. Tapi buat masa ini saya masih lagi mengamalkan petua perubatan yang diberikan oleh pakcik yang merawat saya agar ianya tidak berulang lagi, " tambah Fizz yang dipetik dari laman Murai.
Bercerita lagi mengenai penyakit misteri yang dihidapinya itu, Fizz memberitahu berlaku beberapa perkara pelik sepanjang tempoh dia menghidapi gangguan kesihatan tersebut. Gangguan tersebut bukan sahaja membuatkan staminanya terganggu, bahkan turut menjejaskan imejnya yang sebelum ini dikenali sebagai seorang aktor yang mudah mesra.
"Bayangkan ketika menghadiri road tour ABPBH di Johor Bahru baru-baru ini, ramai yang cakap saya sombong, muka bengis, tak mahu senyum dan sebagainya walhal, saya telah berhabis senyum dan ramah dengan semua orang yang ada di situ."
"Selain itu juga, saya mudah merasa mengantuk, badan terasa berat untuk bergerak dan tekak saya terasa seperti disekat. Tapi selepas berubat secara tradisional, saya diberitahu bahawa ada makhluk sebesar beruang sedang bertenggek di atas bahu saya," jelas pelakon 'Nur Kasih The Movie' ini.
Fizz turut mengakui, dia sebolehnya tidak mahu percaya dengan perkara-perkara aneh sebegitu, walaubagaimanapun selepas insiden yang menimpanya ini, barulah dia percaya bahawa wujud perkara ganjil dalam kehidupan seharian.
"Nasihat saya, jika kita masuk ke kawasan asing, hutan misalnya, kenalah jaga pertuturan dan kelakuan. Jangan cakap besar. Sebagai umat Islam sebaik-baiknya bacalah selawat sebelum memasuki tempat yang cukup asing kepada kita." ujar Fizz mengakhiri perbualan. -YE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
-
Pelakon Talha Harith akan lebih berwaspada sebelum mendedahkan sebarang gambar peribadi miliknya kerana bimbang pihak luar mungkin men...
-
SEMPENA penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia 2012 oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), baru-baru ini, penganjur ...
-
PETALING JAYA: Taktik licik sindiket pelacuran yang bersembunyi di sebalik papan tanda premis kedai menjual makanan kucing di Kota Damansara...
-
apa yang menarik tentang EURO 2012 yup!! selain jaringan2 gol yang bertaraf dunia, sudah tentu awek-aweksnya... cuba pilih c...
-
suka makan aiskrim?? mungkin 8 perisa baru di bawah patut anda cuba sebagai pelengkap kepada minat anda terhadap aiskrim... F...
-
Serangan 'zombie' di China semakin menjadi-jadi. Terbaru adalah rakaman seorang lelaki menggigit penumpang yang berada di sebelah...
-
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu "Keliru", Nurul Huda Abdul Wahab akhirnya akan menamatkan zaman ibu tunggal selepas li...
-
Gambar ini didakwa gambar Ikhwan Hot FM sedang bersosial di 9MM, The Zon Johor Bahru. Difahamkan, ia dirakam secara curi oleh seorang pen...
-
BUKIT MERTAJAM: Tiga anggota polis ditahan bagi membantu siasatan selepas seorang wanita Indonesia membuat laporan polis mendakwa dirinya ...
-
Penyanyi yang popular dengan lagu "Thank You Allah" Maher Zain telah memberitahu bahawa dia ingin cuba sesuatu yang baru dengan...

No comments:
Post a Comment